"LEMAH"
Itulah yang sesuai diungkapkan oleh Nakapiz.
Kita semua patut akui yang tahap bola sepak kita masih jauh ketinggalan oleh gergasi asia seperti Korea,Jepun,jauh sangat.
Jika kita amati sedalam-dalamnya pasukan remaja kita sepatutnya boleh menang dengan Vietnam kerana Negara yang bernama Malaysia ini yang pertama melakukan Transformasi kepada skuad remaja di Asia Tenggara.
Malaysia melahirkan Harimau Muda dan dikuti oleh kebanyakan negara jiran seperti Indonesia Garuda Muda,Singapore Young Lions.
Mereka ikut jejak negara kita tapi prestasi skuad muda kita kian mundur sedangkan mereka semakin maju.
Jika dilihat prestasi skuad muda Vietnam semasa lawan Jepun tidak mustahil mereka bakal ke Asian Championship 2016.
Malaysia?Mungkin kita terpaksa menunggu 4 Tahun lagi.
Sebab apa saya kata seperti itu?
Kerana aksi skuad kendalian jurulatih Razip Ismail itu sangat lemah.
Jepun Kalahkan Macau dengan jaringan 7 gol tanpa balas.
Tapi Malaysia sekadar berpuas hati dengan jaringan 2 gol tanpa balas.
Itukah harimau?mungkin kali ini bukan harimau tapi lain.
Faktor jurulatih juga beri effect terhadap skuad ini.kenapa faktor jurulatih?
Kenal kah anda kepada Razip Ismail ini?mungkin yang baru kenal bolasepak sahaja yang tidak kenal beliau.
Semasa bergelar pemain dahulu beliau cukup terkenal dengan sikap tegas nya.
Tapi mungkin beliau masih perlu belajar lebih banyak untuk kendali skuad kebangsaan.
Tahukah anda siapa jurulatih Kuala Lumpur FA yang buatkan KLFA terjerumus ke LIGA FAM?bukan kah itu Razip?
Persoalan nya disini apakah faktor yang membawa FAM melantik beliau mengendali Harimau Muda?
Adakah FAM Hanya pentingkan kroni nya sahaja?
Tepuk dada tanya selera.
Sekian Coretan Daripada Nakapiz