"Berkawan Masa Senang"
Seperti semua orang sedia maklum kawan bukan lah segalanya dalam kehidupan seharian kita.
Kita tak usah percaya 100% kepada kawan kita kerana ia akan memakan diri.
Dalam lumrah kehidupan kita sebagai manusia haruslah ada perasaan syak wasangka kerana itu penting bagi memastikan kita terus maju ke hadapan.
Sebagai contoh Nakapiz nak bagi disini.Dalam kita berkawan kita mestilah jangan percaya 100% kepada kawan kita.
Kita haruslah fikir adakah dia boleh pegang rahsia kita akan tetapi jangan terlalu banyak berprasangka buruk.Nilai lah dahulu sebelum mengambil keputusan.
Kawan di dunia yang serba moden lagi canggih sekarang ini memang yang suka melihat kawan sendiri merana dan terasa hati.
Kawan dan sahabat satu perkara yang berbeza.
Berbalik kepada tajuk utama kita iaitu Berkawan masa senang.Mungkin pelik didengar kerana Nakapiz tidak letak "DI".
Betul apa yang diungkapkan,cuba anda semua perhatikan disekeliling anda berapa ramai kawan makan kawan?mesti anda jawab Ramai kan?
Kawan ni masa kita senang sahaja dia akan datang,ia tak sama seperti Sahabat.
Contoh lagi,dimasa anda ada sesuatu yang berharga berapa ramai kawan anda berada bersama anda?
Dan cuba bandingkan semasa anda Tiada sesuatu yang bernilai,adakah seramai dimasa senang kawan anda datang?saya boleh katakan tidak sampai 50% kawan anda akan dekat dengan anda.saya jamin.
Masa kita susah ni kalau kita Call pun payah mereka nak layan apatah lagi SMS.
Jadi yang betul-betul datang bantu kita itu bukanlah kawan tapi SAHABAT.
Jadi dengan sahabatlah kita patut kongsi masalah kita bukan dengan kawan.
Cukup setakat ini coretan daripada NakapizJima admin Blog serba Ringkas ini.
********Pesanan Penaja**********
Carilah sahabat dahulu barulah kita memilih kawan supaya tidak menyesal kemudian hari.