Khamis, 28 Mei 2015

APA ITU ROMBAK???

Hari ini peminat sukan bola sepak Malaysia sudah pun mengetahui siapa yang bakal ke latihan pusat skuad kebangsaan selepas FAM telah keluarkan senarai nama pemain yang harus melapor diri nanti.
Jurulatih Negara iaitu Dollah Saleh turut mengatakan beliau bakal merombak besar-besaran pasukan kebangsaan kali ini.
Adakah Dollah tahu atau faham apa maksud Rombak?
Jika kita lihat daripada senarai nama berikut adakah itu nama yang baru?
Kalau ikutkan peminat itu nama pemain yang sering ada dalam pasukan kebangsaan.
Dulu orang mengecam Syafiq Rahim,Kunalan,dan Norshahrul idlan Talaha,tapi sekarang mereka sedang on-form bersama kelab masing-masing.
Yang menjadi persoalan peminat dan pencinta bola sepak tanah air ialah patut atau tidak pemain yang selalu berada dibangku simpanan di panggil?
Adakah sudah tiada yang lain?Politik apakah FAM dan dollah mainkan ini?
Safee sali?Berapa minit dia main musim ini?berapa perlawanan dia main musim ini?berapa kali dia berada dalam kesebelasan utama?berapa gol dia jaringkan?
Adakah sebab jasa beliau?sudah lapuk jika kita memilih faktor jasa.
Mana pergi penyerang Liga Perdana?ramai yang boleh diserap.Sebagai contoh penyerang T-Team FC iaitu Norhakim Hassan.adakah kerana beliau main liga perdana tidak layak dipanggil?
Sikap acuh tak acuh FAM bakal meranapkan impian Harimau Malaya ke Piala Dunia dan Piala Asia.
FAM wajib tegas dalam aspek pemilihan demi melihat pemain yang prestasi berada dikemuncak untuk melihat Malaysia boleh setaraf dengan Japan Dan Korea.
Saya Admin dan juga pengarang Blog Malaysia Nakapiz menyeru supaya FAM lebih telus dalam pemilihan pemain kebangsaan.
Sekian........

Sabtu, 23 Mei 2015

Bola Malaysia Kebelakang lagi

"Bola sepak Malaysia masih ketinggalan".

Itulah yang patut rakyat Malaysia harus terima hakikat nya.
Jika kita amati pada perlawanan Piala FA malam tadi ia jelas menunjukkan bolasepak Malaysia ketinggalan jauh dibelakang negara Asean yang laiyn.
Kelantan  dikuatkan dengan pemain tempatan yang boleh dikata Terbaik di tambah lagi dengan 4 Import yang tak kurang hebat nya belum mampu menyaingi Pemain tempatan Singapura.
Jika dilihat pemain Lionsxii daripada penjaga gawang sampai ke penyerang tiada satu pun pemain import.
Faktor utama kejayaan Lionsxii adalah Disiplin,pemain lionsxii sangat disiplin didalam padang.
Mereka bermain tanpa out of position,hantaran jauh mereka tepat kepada rakan mereka,itulah dia Total Football yang diamalkan oleh Fandi Ahmad.
Jika kita melihat kepada pemain kelantan pula,Hantaran mereka selalu terkandas.Badri Radzi iaitu Captain marvel bagi kelantan,beliau bermain bagus tapi disamping itu banyak juga hantaran dia terkandas.
Jelas sekali kawasan tengah boleh dikatakan dikawal oleh lionsxii,maaf jika silap.
Lionsxii sering kali menyerang arah "poknik",posisi itu dituju kerana ia mudah untuk ditembusi,adakah Azrai khor tak nampak atau tiada penganti yang baik kita tidak tahu.
Pemain kelantan yang paling menyerlah semalam adalah Wan Zack Haikal.Teknik dan kawalan bola beliau sangat cantik tidak boleh nafikan.
Pemain import kelantan iaitu Gilmar mungkin tidak sesuai diturunkan lebih awal walaupun hantaran beliau membolehkan Wan Zack jaringkan gol tunggal pasukan Kelantan malam tadi.beliau sangat banyak sia siakan peluang sedangkan masa itu beliau berada diposisi terbaik.
Itulah serba sedikit ulasan saya yang kurang pengetahuan dalam dunia bolasepak.
"Malaysia kena ubah semuanya jika ingin berjaya".
"Bangkitlah FAM demi bolasepak Malaysia".

Piala FA ke seberang Tambak

Sejarah Bola sepak Malaysia tercipta pada 23 mei 2015 apabila buat pertama kali Piala FA keluar dari bumi malaysia.
LIONSXII wakil daripada Singapura berjaya tumpaskan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan akhir.
Kelantan terpaksa akur sekadar menjadi naib juara.
Keputusan perlawanan seperti berikut:
KELANTAN 1-3 LIONSXII
(Faris Ramli,sahil suhaimi x2?)LIONSXII

(Wan Zack Haikal)Kelantan.




Apa Kata FAM?

Khamis, 2 April 2015

Berkawan Masa Senang

"Berkawan Masa Senang"

Seperti semua orang sedia maklum kawan bukan lah segalanya dalam kehidupan seharian kita.

Kita tak usah percaya 100% kepada kawan kita kerana ia akan memakan diri.

Dalam lumrah kehidupan kita sebagai manusia haruslah ada perasaan syak wasangka kerana itu penting bagi memastikan kita terus maju ke hadapan.

Sebagai contoh Nakapiz nak bagi disini.Dalam kita berkawan kita mestilah jangan percaya 100% kepada kawan kita.
Kita haruslah fikir adakah dia boleh pegang rahsia kita akan tetapi jangan terlalu banyak berprasangka buruk.Nilai lah dahulu sebelum mengambil keputusan.

Kawan di dunia yang serba moden lagi canggih sekarang ini memang yang suka melihat kawan sendiri merana dan terasa hati.

Kawan dan sahabat satu perkara yang berbeza.

Berbalik kepada tajuk utama kita iaitu Berkawan masa senang.Mungkin pelik didengar kerana Nakapiz tidak letak "DI".

Betul apa yang diungkapkan,cuba anda semua perhatikan disekeliling anda berapa ramai kawan makan kawan?mesti anda jawab Ramai kan?

Kawan ni masa kita senang sahaja dia akan datang,ia tak sama seperti Sahabat.
Contoh lagi,dimasa anda ada sesuatu yang berharga berapa ramai kawan anda berada bersama anda?
Dan cuba bandingkan semasa anda Tiada sesuatu yang bernilai,adakah seramai dimasa senang kawan anda datang?saya boleh katakan tidak sampai 50% kawan anda akan dekat dengan anda.saya jamin.

Masa kita susah ni kalau kita Call pun payah mereka nak layan apatah lagi SMS.
Jadi yang betul-betul datang bantu kita itu bukanlah kawan tapi SAHABAT.

Jadi dengan sahabatlah kita patut kongsi masalah kita bukan dengan kawan.

Cukup setakat ini coretan daripada NakapizJima admin Blog serba Ringkas ini.



********Pesanan Penaja**********
Carilah sahabat dahulu barulah kita memilih kawan supaya tidak menyesal kemudian hari.

Isnin, 30 Mac 2015

Harimau Muda Lemah

"LEMAH"
Itulah yang sesuai diungkapkan oleh Nakapiz.
Kita semua patut akui yang tahap bola sepak kita masih jauh ketinggalan oleh gergasi asia seperti  Korea,Jepun,jauh sangat.

Jika kita amati sedalam-dalamnya pasukan remaja kita sepatutnya boleh menang dengan Vietnam kerana Negara yang bernama Malaysia ini yang pertama melakukan Transformasi kepada skuad remaja di Asia Tenggara.

Malaysia melahirkan Harimau Muda dan dikuti oleh kebanyakan negara jiran seperti Indonesia Garuda Muda,Singapore Young Lions.

Mereka ikut jejak negara kita tapi prestasi skuad muda kita kian mundur sedangkan mereka semakin maju.

Jika dilihat prestasi skuad muda Vietnam semasa lawan Jepun tidak mustahil mereka bakal ke Asian Championship 2016.

Malaysia?Mungkin kita terpaksa menunggu 4 Tahun lagi.
Sebab apa saya kata seperti itu?
Kerana aksi skuad kendalian jurulatih Razip Ismail itu sangat lemah.
Jepun Kalahkan Macau dengan jaringan 7 gol tanpa balas.
Tapi Malaysia sekadar berpuas hati dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Itukah harimau?mungkin kali ini bukan harimau tapi lain.

Faktor jurulatih juga beri effect terhadap skuad ini.kenapa faktor jurulatih?

Kenal kah anda kepada Razip Ismail ini?mungkin yang baru kenal bolasepak sahaja yang tidak kenal beliau.
Semasa bergelar pemain dahulu beliau cukup terkenal dengan sikap tegas nya.

Tapi mungkin beliau masih perlu belajar lebih banyak untuk kendali skuad kebangsaan.
Tahukah anda siapa jurulatih Kuala Lumpur FA yang buatkan KLFA terjerumus ke LIGA FAM?bukan kah itu Razip?

Persoalan nya disini apakah faktor yang membawa FAM melantik beliau mengendali Harimau Muda?
Adakah FAM Hanya pentingkan kroni nya sahaja?
Tepuk dada tanya selera.

Sekian Coretan Daripada Nakapiz

Rabu, 25 Mac 2015

Kanak-Kanak Burukkan Terengganu

Kurang ajar.....
Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada Nazmal Aizieq Azizi yang burukkan negeri Terengganu.

Nazmal ini dikatakan datang daripada negeri selatan tanah air.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat gambar dibawah ini,Komen Nazmal di Page Terengganu Times.

Lihat Gambar》》》

Selasa, 24 Mac 2015

Josip Milardovic import baru The Titans

T-Team bakal mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import dari Croatia bagi melengkapkan kuota empat pemain import skuad itu, sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam kempen Liga Perdana musim ini yang kelihatan goyah.

Awang import baharu kelahiran Odzak, Croatia iaitu Josip Milardovic kini menjadi sebutan dan pemain berusia 33 tahun itu pernah menyarung jersi pasukan Bawah 21 negaranya.

Pada masa ini, Josip yang mempunyai ketinggian 1.84 meter, beraksi dengan kelab HNK Cibalia Vinkovci dalam liga divisyen dua Croatia dan dia dikatakan mampu mengemudi bahagian tengah dan pertahanan sekali gus bakal menjadi aset The Titans.

Menurut ketua jurulatih T-Team, Tomislav Steinbuckner, usaha membawa masuk pemain import keempat ke dalam pasukan T-Team adalah bagi memantapkan lagi pasukan dalam mengharungi Liga Perdana musim ini.

“Kami akan bawa masuk Josip Milardovic dari Croatia untuk digandingkan dengan pemain import lain serta pemain tempatan dalam T-Team.

“Kami harap dengan pengalaman yang dimiliki pemain ini (Josip) dapat membantu pasukan terutama di bahagian tengah,” jelasnya di sini semalam.

Beliau berkata, prestasi Josip akan diuji terlebih dahulu dan sekiranya segalanya berjalan lancar, pemain itu akan diserap untuk memperkuatkan T-Team.

Selain itu, katanya, selepas meraih kemenangan sulung ke atas ATM dalam kempen Piala FA tempoh hari, momentum itu diharap dapat diteruskan.

“Kami harap prestasi pemain T-Team terus meningkat dengan aksi lebih baik untuk meraih kemenangan seterusnya daslam saingan Liga Perdana,” katanya.

****Nota:Teruskan bersama Nakapiz Untuk mengetahui berita semasa.

Isnin, 23 Mac 2015

Melayu Yang Pelik

Melayu.
Itulah yang satu kaum majoriti yang tinggal dibumi bernama Malaysia.

Melayu di Malaysia tersangatlah pelik jika nak dibandingkan dengan kaum lain di negara ini.
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya cakap melayu pelik.

Mana tak pelik nya,yang haram kata halal yang halal kata haram,tak ke pelik kalau kita perhatikan.

Tapi itulah melayu.tidak semua melayu seperti itu,hanya segelintir sahaja.

Berdasarkan gambar yang saya sertakan itu sudah jelas yang melayu di Malaysia ini pelik.

Benar kata Tun M melayu memang pelik,nak tahu kenapa?

Ramai melayu minum arak,berzina,berjudi dan lain-lain yang haram tetapi bila disebut Babi(khinzir) melayu akan melatah.

Kenapa ya?adakah hanya babi dan anjing sahaja yang HARAM?adakah arak,zina,dan judi itu halal?

Sensitiviti melayu tidak bertempat bagi mereka babi sahaja yang haram tapi yang disebut diatas itu halal bagi mereka.

Jadi kenapa perlu melatah jika disebut babi sedangkan ramai diluar sana yang suka melatah itu minum arak berzina.

Jadi disini saya nak bagitahu kepada diri saya dan semua jangan cepat melatah dalam suatu perkara walaupun ia berat.