Khamis, 28 Mei 2015

APA ITU ROMBAK???

Hari ini peminat sukan bola sepak Malaysia sudah pun mengetahui siapa yang bakal ke latihan pusat skuad kebangsaan selepas FAM telah keluarkan senarai nama pemain yang harus melapor diri nanti.
Jurulatih Negara iaitu Dollah Saleh turut mengatakan beliau bakal merombak besar-besaran pasukan kebangsaan kali ini.
Adakah Dollah tahu atau faham apa maksud Rombak?
Jika kita lihat daripada senarai nama berikut adakah itu nama yang baru?
Kalau ikutkan peminat itu nama pemain yang sering ada dalam pasukan kebangsaan.
Dulu orang mengecam Syafiq Rahim,Kunalan,dan Norshahrul idlan Talaha,tapi sekarang mereka sedang on-form bersama kelab masing-masing.
Yang menjadi persoalan peminat dan pencinta bola sepak tanah air ialah patut atau tidak pemain yang selalu berada dibangku simpanan di panggil?
Adakah sudah tiada yang lain?Politik apakah FAM dan dollah mainkan ini?
Safee sali?Berapa minit dia main musim ini?berapa perlawanan dia main musim ini?berapa kali dia berada dalam kesebelasan utama?berapa gol dia jaringkan?
Adakah sebab jasa beliau?sudah lapuk jika kita memilih faktor jasa.
Mana pergi penyerang Liga Perdana?ramai yang boleh diserap.Sebagai contoh penyerang T-Team FC iaitu Norhakim Hassan.adakah kerana beliau main liga perdana tidak layak dipanggil?
Sikap acuh tak acuh FAM bakal meranapkan impian Harimau Malaya ke Piala Dunia dan Piala Asia.
FAM wajib tegas dalam aspek pemilihan demi melihat pemain yang prestasi berada dikemuncak untuk melihat Malaysia boleh setaraf dengan Japan Dan Korea.
Saya Admin dan juga pengarang Blog Malaysia Nakapiz menyeru supaya FAM lebih telus dalam pemilihan pemain kebangsaan.
Sekian........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan