Sabtu, 23 Mei 2015

Bola Malaysia Kebelakang lagi

"Bola sepak Malaysia masih ketinggalan".

Itulah yang patut rakyat Malaysia harus terima hakikat nya.
Jika kita amati pada perlawanan Piala FA malam tadi ia jelas menunjukkan bolasepak Malaysia ketinggalan jauh dibelakang negara Asean yang laiyn.
Kelantan  dikuatkan dengan pemain tempatan yang boleh dikata Terbaik di tambah lagi dengan 4 Import yang tak kurang hebat nya belum mampu menyaingi Pemain tempatan Singapura.
Jika dilihat pemain Lionsxii daripada penjaga gawang sampai ke penyerang tiada satu pun pemain import.
Faktor utama kejayaan Lionsxii adalah Disiplin,pemain lionsxii sangat disiplin didalam padang.
Mereka bermain tanpa out of position,hantaran jauh mereka tepat kepada rakan mereka,itulah dia Total Football yang diamalkan oleh Fandi Ahmad.
Jika kita melihat kepada pemain kelantan pula,Hantaran mereka selalu terkandas.Badri Radzi iaitu Captain marvel bagi kelantan,beliau bermain bagus tapi disamping itu banyak juga hantaran dia terkandas.
Jelas sekali kawasan tengah boleh dikatakan dikawal oleh lionsxii,maaf jika silap.
Lionsxii sering kali menyerang arah "poknik",posisi itu dituju kerana ia mudah untuk ditembusi,adakah Azrai khor tak nampak atau tiada penganti yang baik kita tidak tahu.
Pemain kelantan yang paling menyerlah semalam adalah Wan Zack Haikal.Teknik dan kawalan bola beliau sangat cantik tidak boleh nafikan.
Pemain import kelantan iaitu Gilmar mungkin tidak sesuai diturunkan lebih awal walaupun hantaran beliau membolehkan Wan Zack jaringkan gol tunggal pasukan Kelantan malam tadi.beliau sangat banyak sia siakan peluang sedangkan masa itu beliau berada diposisi terbaik.
Itulah serba sedikit ulasan saya yang kurang pengetahuan dalam dunia bolasepak.
"Malaysia kena ubah semuanya jika ingin berjaya".
"Bangkitlah FAM demi bolasepak Malaysia".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan