Hari ini peminat sukan bola sepak Malaysia sudah pun mengetahui siapa yang bakal ke latihan pusat skuad kebangsaan selepas FAM telah keluarkan senarai nama pemain yang harus melapor diri nanti.
Jurulatih Negara iaitu Dollah Saleh turut mengatakan beliau bakal merombak besar-besaran pasukan kebangsaan kali ini.
Adakah Dollah tahu atau faham apa maksud Rombak?
Jika kita lihat daripada senarai nama berikut adakah itu nama yang baru?
Kalau ikutkan peminat itu nama pemain yang sering ada dalam pasukan kebangsaan.
Dulu orang mengecam Syafiq Rahim,Kunalan,dan Norshahrul idlan Talaha,tapi sekarang mereka sedang on-form bersama kelab masing-masing.
Yang menjadi persoalan peminat dan pencinta bola sepak tanah air ialah patut atau tidak pemain yang selalu berada dibangku simpanan di panggil?
Adakah sudah tiada yang lain?Politik apakah FAM dan dollah mainkan ini?
Safee sali?Berapa minit dia main musim ini?berapa perlawanan dia main musim ini?berapa kali dia berada dalam kesebelasan utama?berapa gol dia jaringkan?
Adakah sebab jasa beliau?sudah lapuk jika kita memilih faktor jasa.
Mana pergi penyerang Liga Perdana?ramai yang boleh diserap.Sebagai contoh penyerang T-Team FC iaitu Norhakim Hassan.adakah kerana beliau main liga perdana tidak layak dipanggil?
Sikap acuh tak acuh FAM bakal meranapkan impian Harimau Malaya ke Piala Dunia dan Piala Asia.
FAM wajib tegas dalam aspek pemilihan demi melihat pemain yang prestasi berada dikemuncak untuk melihat Malaysia boleh setaraf dengan Japan Dan Korea.
Saya Admin dan juga pengarang Blog Malaysia Nakapiz menyeru supaya FAM lebih telus dalam pemilihan pemain kebangsaan.
Sekian........
Dapatkan info terkini tentang gosip hiburan tanah air dan luar negara sukan internet dan lain-lain hanya di NAKAPIZ(Malaysia Nakapiz). Ingat Info terkini Ingat NAKAPIZ
Khamis, 28 Mei 2015
APA ITU ROMBAK???
Sabtu, 23 Mei 2015
Bola Malaysia Kebelakang lagi
"Bola sepak Malaysia masih ketinggalan".
Itulah yang patut rakyat Malaysia harus terima hakikat nya.
Jika kita amati pada perlawanan Piala FA malam tadi ia jelas menunjukkan bolasepak Malaysia ketinggalan jauh dibelakang negara Asean yang laiyn.
Kelantan dikuatkan dengan pemain tempatan yang boleh dikata Terbaik di tambah lagi dengan 4 Import yang tak kurang hebat nya belum mampu menyaingi Pemain tempatan Singapura.
Jika dilihat pemain Lionsxii daripada penjaga gawang sampai ke penyerang tiada satu pun pemain import.
Faktor utama kejayaan Lionsxii adalah Disiplin,pemain lionsxii sangat disiplin didalam padang.
Mereka bermain tanpa out of position,hantaran jauh mereka tepat kepada rakan mereka,itulah dia Total Football yang diamalkan oleh Fandi Ahmad.
Jika kita melihat kepada pemain kelantan pula,Hantaran mereka selalu terkandas.Badri Radzi iaitu Captain marvel bagi kelantan,beliau bermain bagus tapi disamping itu banyak juga hantaran dia terkandas.
Jelas sekali kawasan tengah boleh dikatakan dikawal oleh lionsxii,maaf jika silap.
Lionsxii sering kali menyerang arah "poknik",posisi itu dituju kerana ia mudah untuk ditembusi,adakah Azrai khor tak nampak atau tiada penganti yang baik kita tidak tahu.
Pemain kelantan yang paling menyerlah semalam adalah Wan Zack Haikal.Teknik dan kawalan bola beliau sangat cantik tidak boleh nafikan.
Pemain import kelantan iaitu Gilmar mungkin tidak sesuai diturunkan lebih awal walaupun hantaran beliau membolehkan Wan Zack jaringkan gol tunggal pasukan Kelantan malam tadi.beliau sangat banyak sia siakan peluang sedangkan masa itu beliau berada diposisi terbaik.
Itulah serba sedikit ulasan saya yang kurang pengetahuan dalam dunia bolasepak.
"Malaysia kena ubah semuanya jika ingin berjaya".
"Bangkitlah FAM demi bolasepak Malaysia".
Piala FA ke seberang Tambak
Sejarah Bola sepak Malaysia tercipta pada 23 mei 2015 apabila buat pertama kali Piala FA keluar dari bumi malaysia.
LIONSXII wakil daripada Singapura berjaya tumpaskan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan akhir.
Kelantan terpaksa akur sekadar menjadi naib juara.
Keputusan perlawanan seperti berikut:
KELANTAN 1-3 LIONSXII
(Faris Ramli,sahil suhaimi x2?)LIONSXII
(Wan Zack Haikal)Kelantan.
Apa Kata FAM?